Friday 8 July 2011

Artikel 2

PENGGUNAAN INTERNET DALAM MATEMATIK



SINOPSIS

Penggunaan komuter dalam pengajaran dan pembelajaran amatlah digalakkan pada masa kini. Ini akan menarik minat murid dalam pembelajaran. Di samping itu juga guru-guru boleh mengambil peluang dengan kemudahan yang ada di internet contohnya guru boleh melihat rancangan pengajaran yang disediakan dan boleh diaplikasikan mengikut kesesuaian di dalam kelas. http://forum.swarthmore.edu/arithmetic/arith.units.html.  Jelaslah bahawa internet mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Terpulang kepada guru untuk dapat membawa penggunaan internet ini ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada hari ini, tetapi kemudahan untuk mengguna internet terdapat di-mana-mana; di rumah, perpustakaan awam, pusat/kedai komputer dan lain-lain. Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah bestari, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif

3 comments:

  1. Benar... penggunaan kemudahan ict dapat menarik minat murid untuk belajar.

    ReplyDelete
  2. Dunia tanpa sempadan ini memerlukan para guru untuk mengunakan ICT bagi mendapat maklumat terkini serta perkembangan ilmu melalui hujung jari kita.

    ReplyDelete
  3. sokong... penggunaan ICT dapat menarik minat murid dan ya segalanya di hujung jari kita ja dengan menggunakan ICT...

    ReplyDelete